Harian Metro

Mangsa bah di Sabah terima bantuan RM1,300

- Disasters · Sabah · British North Borneo

Keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah ini dan Membakut akan menerima bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM1,300 daripada kerajaan Persekutua­n dan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada jumlah itu, RM1,000 disumbangk­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala RM300 lagi dari Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Selain bantuan tunai, setiap keluarga yang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga menerima bantuan makanan,” katanya selepas melawat PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini, semalam.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir menempatka­n 147 keluarga yang terdiri daripada 412 mangsa banjir dari beberapa kampung berhampira­n.

Sejak banjir melanda Jumaat lalu, sebanyak tujuh PPS dibuka di daerah ini yang memberi perlindung­an kepada seramai 1,944 mangsa daripada 614 keluarga.

Ketika lawatannya, Hajiji turut menyampaik­an bantuan dan meninjau keadaan mangsa banjir di PPS terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia