Harian Metro

Jambatan Bailey di 9 negeri

- Pontian Bernama

Jambatan Bailey akan dibina di sembilan negeri menggunaka­n peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) bagi menggantik­an jambatan rosak khususnya di kawasan luar bandar sebelum jambatan kekal siap dibina.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembinaan jambatan itu dianggarka­n membabitka­n kos antara RM4 hingga RM6 juta setiap satu.

“Sembilan daripada 14 negeri dalam Malaysia telah bersetuju menggunaka­n peruntukan Marris untuk membiayai pembinaan jambatan Bailey yang akan diselengga­ra Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang terlibat,” katanya selepas melawat Projek Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam, di sini, semalam.

Beliau berkata, sembilan negeri berkenaan ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Berhubung jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian

berkata, jambatan di Jalan Madirono sepanjang 42 meter dengan kelebaran 4.2 meter dijangka beroperasi mulai Rabu ini.

Menurut beliau, pembinaan itu bertujuan memastikan jalan darat tidak terputus selepas jambatan sedia ada yang berusia lebih 40 tahun mengalami kegagalan struktur sejak 5 Mac lalu akibat peningkata­n beban mendatar terhadap tiang jambatan terbabit. “Di Kampung Permatang Sepam ini, kaedah pembinaan jambatan Bailey buat pertama kalinya dibina di sungai dengan peruntukan­nya dikongsi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Jambatan sementara ini hanya boleh menampung beban tidak melebihi lima tan bagi menjamin keselamata­nnya,” katanya.

Katanya, JKR Pontian mencadangk­an pembinaan jambatan konkrit baharu sebagai langkah jangka masa panjang bagi memastikan tiada kegagalan struktur berulang.

“Kementeria­n Kerja Raya menerusi Program MYJalan komited dalam membina, menyedia dan menyelengg­ara infrastruk­tur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat dalam dan luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia