Berita Harian

Hujan berterusan diramal di Sarawak hingga Rabu

- Weather · Badminton · Sports · Sarawak · Kuala Lumpur · Malaysia · Serian · Sabah · Sri Aman · Betong · Sarikei · Mukah

Kuala Lumpur: Hujan berterusan diramal berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata amaran waspada itu dikeluarka­n bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.

Sebelum ini, Metmalaysi­a menjangka beberapa lagi luruan monsun yang berpotensi menyebabka­n hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak.

Mohd Hisham dilaporkan berkata, jangkaan itu dibuat berdasarka­n kelaziman kerana luruan angin di antara Februari dan Mac akan menghala ke dua wilayah berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat terkini boleh melayari laman web rasmi Metmalaysi­a atau talian hotline 1-300-22-1638.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia