Harian Metro

Benteng pecah burukkan keadaan

- Oleh Alias Abd Rani am@hmetro.com.my Batu Pahat Disasters

Usaha menyelengg­ara parit dan saliran di kawasan berisiko di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir dilaksana berterusan, namun berdepan cabaran disebabkan cuaca tidak menentu.

Faktor terbabit juga yang mendorong banjir luar biasa dengan paras air naik mendadak terutama di Kampung Baharu, Sri Gading dan kawasan berdekatan, baru-baru ini.

Selain itu, benteng yang dibina di kawasan tambakan untuk pembanguna­n taman perumahan didakwa pecah, yang memburukka­n lagi keadaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Rashidah Ramli mengakui masalah yang berlaku dan berkata, mesyuarat penyelaras­an dianjur bagi mencari penyelesai­an banjir yang membabitka­n beberapa kampung.

Katanya, antara langkah jangka pendek dicapai dalam mesyuarat yang disertai wakil kerajaan negeri bersama jabatan dan agensi daerah, termasuk menambah mesin pam bagi menyedut air banjir.

“Segala butiran dan keperluan setempat untuk penyelesai­an segera digerakkan termasuk penyelesai­an jangka panjang.

“Usaha turut dijalankan dengan membersihk­an saliran parit bermula di Lorong 1, Kampung Baharu sehingga Parit Karjo. Ini termasuk membersihk­an sebarang halangan yang menyekat aliran air.

“Kami juga menggerakk­an mesim pam di Sungai Senggarang,

dekat Parit Karjo, selain kawalan pintu air. Operasi mesin pam air masih diteruskan berdasarka­n situasi semasa air pasang surut,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidah berkata, kerja menggali sungai di Parit Karjo sepanjang lapan kilometer sudah dijalankan, disusuli sungai di Kampung Baharu.

Katanya, kerja mendalamka­n sungai itu dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah sebagai antara langkah penyelesai­an jangka panjang.

“Dua pam bergerak juga dipasang di Parit Sapran dan Parit Hj Hassan dengan setakat ini, keadaan semakin bertambah baik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, isu banjir perlu diatasi segera menerusi pemasangan pam air berkuasa tinggi bagi mempercepa­tkan proses banjir surut.

Katanya, antara kampung yang terjejas termasuk Parit Karjo, Parit Baru, Parit Kaspan, Parit Bengkok dan Parit Samion.

“Sekiranya ada lebih banyak pam, air boleh disedut dan dialirkan keluar dengan lebih cepat. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kampung yang dinaiki air supaya banjir surut lebih cepat.

“Masalah banjir ini berlaku hampir setiap kali hujan lebat dan air banjir surut terlalu perlahan kerana sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.

“Saya sudah mengemukak­an cadangan kepada pihak berkuasa supaya pam air dipasang di beberapa lokasi kritikal bagi mempercepa­tkan proses pengaliran keluar air banjir,” katanya.

 ?? ?? BEBERAPA rumah penduduk di Mukim Parit Raja dan Ayer Hitam yang ditenggela­mi banjir. - Gambar NSTP/ALIAS ABD RANI
BEBERAPA rumah penduduk di Mukim Parit Raja dan Ayer Hitam yang ditenggela­mi banjir. - Gambar NSTP/ALIAS ABD RANI
 ?? ?? PENDUDUK meredah banjir.
PENDUDUK meredah banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia