Harian Metro

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat

- Crime · Sexual Abuse · Otters · Violence and Abuse · Society · Animals · Wildlife · Sabah · Sarawak · Kuala Lumpur · Bintulu · British North Borneo · Kota Marudu · Sandakan

Kuala Lumpur: Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkata­n jumlah mangsa yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu dengan 15,015 mangsa berbanding 11,886 orang malam kelmarin.

Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga pagi semalam berbanding 7,503 orang daripada 2,096 keluarga malam kelmarin.

Menurut laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi dengan 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga ditempatka­n di 15 PPS.

Di Selangau, seramai 900 mangsa daripada 226 keluarga masih berlindung di empat PPS, di Tatau mencatatka­n 1,353 mangsa daripada 393 keluarga di tiga PPS dan di Kuching, seramai 475 mangsa daripada 153 keluarga berlindung di tiga PPS.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 4,383 orang daripada 1,475 keluarga malam kelmarin. Sekretaria­t Jawatankua­sa

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak kini berjumlah 15,015 orang

Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan sebanyak 39 PPS dibuka di 10 daerah, dengan Kota Marudu mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 orang daripada 1,090 keluarga.

Daerah lain yang terjejas ialah Pitas dengan 768 mangsa (261 keluarga), Lahad Datu 443 mangsa (121 keluarga), Telupid 413 mangsa (110 keluarga), Kota

Belud 301 mangsa (88 keluarga), Paitan 274 mangsa (99 keluarga), Beluran 195 mangsa (60 keluarga), Sandakan 118 mangsa (28 keluarga), Beaufort 107 mangsa (29 keluarga), dan Tongod 54 mangsa (13 keluarga).

Menurut laporan itu, trend pemindahan mangsa di Kota Marudu, Pitas dan Paitan menunjukka­n peningkata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia