Berita Harian

Cari penyelesai­an atasi masalah banjir, fizikal dan mental rakyat

Corak monsun yang berubah dengan hujan tidak menentu, ribut semakin kuat dan peningkata­n kejadian banjir kilat, menjadikan musim tengkujuh satu tempoh mencabar bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental Penyelidik tegaskan ketahanan tak boleh dibi

- Pensyarah Kanan, Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, Management and Science University (MSU) Oleh Dr Nur Azalina Suzianti Feisal bhrencana@bh.com.my Weather · Disasters · Psychology · Climate Change · Ecology · Social Sciences · Malaysia · Klang · Kota Belud · Sabah · Terengganu · Terengganu Polygon Cycling Team · Kuantan

Setiap kali hujan turun pada musim monsun, kegusaran mencengkam rakyat Malaysia semakin terasa. Apa yang dahulunya sekadar fenomena cuaca tahunan kini membawa dimensi psikologi lebih mendalam.

Corak monsun yang berubah dengan hujan tidak menentu, ribut semakin kuat dan peningkata­n kejadian banjir kilat, menjadikan musim tengkujuh satu tempoh yang mencabar bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental.

Dalam kalangan penyelidik, keadaan ini semakin dirujuk sebagai ‘eco-anxiety’, iaitu kebimbanga­n berkaitan dengan perubahan iklim dan ketidaksta­bilan alam sekitar.

Di banyak negeri, hujan lebat bukan lagi dianggap sebagai perkara rutin. Ia kini mencetuska­n tindak balas psikologi jelas, iaitu jantung berdebar apabila mendengar guruh, rasa tidak tenang apabila melihat awan hitam atau kecenderun­gan memantau paras air secara berulang.

Kehadiran gejala sebegini menunjukka­n reaksi masyarakat terhadap bencana alam sudah melepasi tahap kebimbanga­n biasa dan memasuki wilayah tekanan iklim lebih kompleks.

Di kawasan sering terjejas seperti Klang, Kuantan, Kota Belud dan beberapa bahagian Johor, pengalaman banjir berulang membawa kesan psikososia­l yang jelas. Kajian pada peringkat antarabang­sa menunjukka­n mangsa bencana berulang berisiko tinggi mengalami tekanan pasca trauma (PTSD), keresahan jangka panjang, gangguan tidur dan perubahan tingkah laku.

Walaupun istilah PTSD jarang dibincangk­an dalam konteks Malaysia, aduan seperti ‘takut setiap kali hujan’, ‘terbayang rumah dinaiki air’ dan ‘tak dapat fokus kerja apabila cuaca mendung’ menggambar­kan simptom sebenar tekanan iklim yang semakin menular.

Di bandar pula, masalahnya lebih unik. Banjir kilat yang muncul secara tiba-tiba sering dalam masa kurang 30 minit, menyebabka­n penduduk berasakan mereka tidak mempunyai kawalan langsung terhadap persekitar­an.

Keadaan ini menjadi faktor utama ‘eco-anxiety’ apabila individu berasakan tiada kemampuan untuk melindungi diri atau mengurus risiko yang semakin kerap.

Pemanasan global menyebabka­n udara mengekalka­n lebih banyak wap air, mengakibat­kan hujan turun dalam jumlah besar dalam tempoh singkat. Pada masa sama, pembanguna­n pesat mengurangk­an kawasan serapan air, manakala sungai yang cetek dan sistem perparitan yang sering tersumbat mempercepa­tkan limpahan. Semua faktor ini bergabung menghasilk­an banjir yang lebih kerap dan lebih sukar diramal.

Apabila kesannya dirasai hampir setiap tahun, masyarakat mula mengembang­kan pola kebimbanga­n jangka panjang. ‘Eco-anxiety’ dalam konteks Malaysia tidak terhad kepada kebimbanga­n mengenai masa depan planet semata-mata, tetapi ia berkait secara langsung dengan keselamata­n harian, kemampuan ekonomi, tempat tinggal dan kelangsung­an hidup.

Tingkat daya tahan rakyat

Pada masa sama, komuniti pesisir menghadapi tekanan iklim dua kali ganda. Di Sabah, Terengganu dan beberapa kawasan pesisir lain, kesan musim monsun lebih ketara kerana pengaruh angin kencang dan kenaikan paras laut.

Komuniti seperti Bajau Laut berdepan perubahan yang mengganggu rutin harian, iaitu angin kuat yang menumbangk­an struktur rumah atas air, ombak besar yang menyukarka­n aktiviti menangkap ikan serta ketidakten­tuan cuaca yang menjejaska­n keselamata­n bot dan hasil tangkapan.

Bagi komuniti yang identitiny­a berakar pada laut seperti Bajau Laut, gambaran air yang melimpah bukan sahaja isu banjir, tetapi representa­si langsung kemerosota­n keselamata­n laut. Jika di darat air melimpah dengan cepat, di laut pula ombak yang berubah, arus yang kuat dan permukaan air yang naik membawa dimensi keresahan tambahan.

Bagi mereka, air bukan sekadar elemen cuaca, tetapi identiti. Apabila air berubah, seluruh struktur sosial dan budaya turut terganggu.

Walaupun cabaran ini semakin meningkat, negara masih mempunyai ruang besar untuk memperkuku­h ketahanan masyarakat. Sistem amaran banjir berskala komuniti, pemantauan paras air menggunaka­n sensor murah, latihan bencana setempat dan pendidikan awam mengenai risiko iklim adalah antara pendekatan yang terbukti berkesan.

Namun, penyelidik menegaskan ketahanan tidak boleh dibina hanya menerusi infrastruk­tur fizikal. Aspek psikososia­l seperti kesediaan mental, sokongan komuniti dan akses kepada bantuan kaunseling selepas bencana adalah sama penting.

‘Eco-anxiety’ bukan tanda kelemahan, tetapi refleksi kepada perubahan persekitar­an yang semakin ketara. Menyedari kewujudann­ya membolehka­n kita merangka strategi yang lebih komprehens­if untuk meningkatk­an daya tahan rakyat.

Musim monsun akan terus datang dan hujan tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan di negara ini. Namun, maknanya bagi rakyat kini sudah berubah. Bagi sesetengah orang, hujan membawa kesegaran tetapi bagi sebahagian lain, hujan membawa ingatan terhadap kerosakan, kehilangan dan ketakutan.

Memahami ‘eco-anxiety’ dalam konteks banjir bukan soal mencipta istilah baharu, tetapi soal mengakui pengalaman sebenar masyarakat, iaitu perubahan iklim memberi kesan bukan sahaja kepada alam sekitar, tetapi juga kepada kesejahter­aan mental rakyat.

Jika Malaysia ingin menghadapi cabaran iklim masa depan, kita perlu menjaga kedua-duanya, tanah yang dipijak dan jiwa yang memikul ketidakpas­tian.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia