Berita Harian

JKR guna kaedah UPV sahkan rumah selamat diduduki semula

Langkah periksa keutuhan struktur kediaman jamin keselamata­n penghuni

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my Disasters · Putra Heights · Subang Jaya · Tenaga Nasional · Kita-ku

Subang Jaya: Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunaka­n kaedah Ultrasonic Pulse Velocity (UPV) sebagai langkah tambahan bagi memastikan keselamata­n rumah yang terjejas akibat tragedi letupan paip gas di Putra Heights, di sini, selamat untuk didiami.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kaedah itu bagi mengesahka­n keutuhan struktur rumah.

Katanya, hasil ujian itu adalah konsisten dengan penilaian yang dibuat sebelum ini membabitka­n 301 rumah.

“Rumah boleh diduduki dari segi kestabilan struktur dan kemudahan utiliti.

“Pemilik perlu masuk ke rumah mereka dan buat pembaikan. Sekiranya ada sebarang perkara luar biasa atau mencurigak­an, penghuni boleh buat aduan untuk pemeriksaa­n lanjut bomba, JKR dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kita telah buka satu kaunter Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk aduan daripada pemilik rumah bagi tindakan pihak berkaitan. Itu proses yang kita susun dan persetujui,” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights di sini, semalam.

301 rumah selamat dihuni

Hussein berkata, pemeriksaa­n yang munasabah telah dijalankan oleh agensi berkaitan dan pendapat diambil kira untuk mengesahka­n kediaman selamat untuk dihuni semula.

Katanya, JKR, bomba dan TNB juga telah mengesahka­n 301 rumah dikategori­kan sebagai selamat dan penghuni dibenarkan untuk pulang dan meneruskan proses pembaikan.

“Setakat ini, sebanyak 190 rumah telah diduduki semula,” katanya.

Beliau berkata, keselamata­n kediaman terjejas di sekitar lokasi kejadian juga terkawal.

“Polis telah menempatka­n 124 anggota untuk mengawal 24 jam di parameter kawasan bencana bagi menjaga keselamata­n harta benda, selain mengawal proses

pengoperas­ian di lokasi bencana,” katanya.

Tragedi letupan dan kebakaran saluran gas PETRONAS pada 1 April lalu mengakibat­kan api menjulang hingga lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa selama hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hussein (dua dari kiri) pada sidang media di PKTK Putra Heights, semalam.
(Foto BERNAMA) Hussein (dua dari kiri) pada sidang media di PKTK Putra Heights, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia