Harian Metro

20 sekolah terjejas

- Bullying · Education · Society · Johor Bahru · Kota Tinggi

Sesi pembelajar­an membabitka­n 20 sekolah di bandar raya ini, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, data berkenaan diperoleh setakat jam 12 tengah hari semalam, namun dijangkaka­n akan bertambah.

Menurutnya, daripada 20 sekolah yang terjejas, tujuh daripadany­a dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala dua dinaiki air dan 11 pula terputus hubungan.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya di Johor Bahru dilaporkan dinaiki air dan aktiviti persekolah­an dihentikan sepenuhnya.

“SK Perigi Acheh di Johor Bahru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nam Heng di Kota Tinggi serta sembilan sekolah di Kluang dilaporkan terputus hubungan.

“Tujuh sekolah pula kita hentikan operasi kerana memberi laluan untuk dijadikan PPS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia