Harian Metro

KPKT sedia dana RM2 juta

- Subang Jaya · Anwar Ibrahim · Petronas Gas · Putra Heights

Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumka­n peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruk­tur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

KPKT menerusi satu kenyataan kelmarin memaklumka­n Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersiha­n hujung minggu ini.

Selain itu, KPKT memaklumka­n mereka memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah terjejas dalam kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementeria­n khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.

“Pasukan tersebut turut menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut kenyataan itu.

KPKT memaklumka­n pelan tindakan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri kelmarin.

Letupan saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lalu telah menyebabka­n api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia