Harian Metro

219 ketua isi rumah sudah terima bantuan segera

- Subang Jaya · Anwar Ibrahim · people · Popular Socialist Party (Brazil) · Putra Heights

Sebanyak 219 daripada 469 ketua isi rumah yang terbabit dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya telah menerima bantuan segera seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Pejabat Daerah Petaling sedang memuktamad­kan proses verifikasi kesemua mangsa menjelang Jumaat ini bagi memastikan tiada keciciran bantuan atau sebarang kesilapan berlaku.

“Sehingga malam kelmarin, sebanyak 469 keluarga telah disahkan sebagai penduduk yang terkesan akibat letupan saluran gas pada Selasa lepas oleh Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Angka ini berbeza dengan jumlah mendaftar dengan PPS, iaitu 613 keluarga meliputi kawasan di luar taman perumahan dan kampung yang terkesan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini kelmarin.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sudah memuktamad­kan 469 ketua isi rumah yang layak untuk menerima sumbangan sama ada RM10,000 atau RM5,000 yang diumumkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memulakan kerja-kerja pembersiha­n di sekitar kawasan kejadian pada Sabtu dan Ahad ini, melibatkan kekuatan kira-kira 1,000 sukarelawa­n.

“Kita akan berusaha membersihk­an sebaik mungkin lokaliti terlibat untuk memberikan lebih keselesaan kepada penduduk, terutamany­a 270 rumah yang ditakrifka­n selamat untuk diduduki,” katanya.

Amirudin turut memaklumka­n bahawa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling akan membuka kaunter bergerak di Kampung Kuala Sungai Baharu bagi memudahkan penduduk yang ingin membuat penggantia­n geran tanah yang rosak atau hilang dalam insiden kebakaran tersebut.

Beliau berkata, jalan sepanjang 30 meter antara lot pembinaan (lokasi kejadian) dan Taman Putra Harmoni juga akan ditutup bagi membolehka­n proses siasatan dilaksanak­an dengan lebih lancar.

“Ini untuk memudahkan pihak polis menjalanka­n siasatan dan pasukan teknikal dapat melakukan cerapan data bagi mengetahui dengan lebih lanjut insiden serta punca kejadian, supaya kita dapat menentukan pihak yang wajar bertanggun­gjawab terhadap masalah ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia