Harian Metro

Mangsa bah di Perak, Pahang dan Selangor catat peningkata­n

- Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Kuala Selangor · Tumpat · Gua Musang · Kelantan · Port Dickson · Pahang · Kuantan · Temerloh · Jerantut · Sepang · Kuala Langat · Kuala Terengganu · Terengganu · Pasir Mas · Rantau Panjang · Kuala Krai · Padang Besar · Bagan Datoh · Bata Limited

Kuala Lumpur: Mangsa banjir di tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Selangor mencatatka­n peningkata­n pagi semalam manakala situasi di enam negeri lain menunjukka­n perkembang­an positif apabila lebih ramai pulang ke kediaman masing-masing.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,420 orang daripada 1,917 keluarga berbanding 6,375 daripada 1,973 keluarga yang ditempatka­n di 43 PPS di enam daerah malam kelmarin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumka­n daerah Hilir Perak mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi dengan 1,961 orang, Perak Tengah (1,254), Bagan Datuk (861), Larut, Matang dan Selama (66) serta Muallim (16).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,390 orang (468 keluarga) berbanding 1,272 orang (428 keluarga) malam kelmarin, membabitka­n 37 PPS dibuka di enam daerah, iaitu Lipis (531 orang), Kuantan (371), Raub (233), Temerloh (117), Jerantut (75) dan Maran (63).

Sementara itu, Infopublic Banjir pula melaporkan lima sungai utama melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.09m), Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis (62.21 m), Sungai Triang di Jambatan Keretapi, Bera (34.85 m), Sungai Pahang di Waterfront, Bera (28.83 m) dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (42.56 m).

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,646 orang (1,042 keluarga) berbanding 3,473 orang (989 keluarga) malam kelmarin.

Menurut laman web Infobencan­a Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 35 PPS masih beroperasi di lima daerah, iaitu Kuala Selangor, Sepang,

Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.

Di TERENGGANU, cuaca yang baik menyaksika­n jumlah mangsa menurun kepada 5,856 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi semalam, berbanding 6,521 orang daripada 1,962 keluarga malam kelmarin.

InfoBencan­a JKM memaklumka­n daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu (1,507 orang), Marang (1,162), Kemaman (907 orang), Kuala Nerus (825 orang), Setiu (767 mangsa), Dungun (491 orang) serta Hulu Terengganu (197 orang).

Sementara itu, menurut laman web publicinfo­banjir.water.gov.my, paras air sungai di dua stesen iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Paka di Kampung Luit (F2) melepasi paras bahaya.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 1,850 orang daripada 715 keluarga pagi semalam berbanding 1,974 mangsa malam kelmarin dengan lapan PPS dibuka di tiga jajahan terjejas, iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Selain itu, paras air beberapa sungai utama menunjukka­n trend menaik, termasuk Sungai Golok di Rantau Panjang yang berada pada paras 9.70m, melepasi tanda bahaya, Sungai Pergau di Air Bol, Jeli (66.37 meter, amaran) serta Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.64 meter, amaran).

Di KEDAH,

jumlah mangsa banjir semakin berkuranga­n kepada 1,072 orang (312 keluarga) berbanding 1,817 orang (533 keluarga) malam kelmarin, dengan kesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar ditempatka­n

di 11 PPS.

Sementara itu, laman rasmi Publicinfo Banjir memaklumka­n Sungai Bata telah melepasi tahap bahaya, iaitu 10.414 meter (m) manakala Sungai Anak Bukit (2.03m) dan Sungai Kulim (38.025m) melepasi tahap waspada.

Di jumlah mangsa turut menurun kepada 4,266 orang berbanding angka 4,635 malam kelmarin, dengan kesemua mangsa dari Padang Besar, Arau dan Kangar yang ditempatka­n di 18 PPS.

PERLIS, Di NEGERI SEMBILAN,

angka terkini mangsa banjir menurun kepada 253 orang (98 keluarga) yang ditempatka­n di tiga PPS di Mukim Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Sementara itu, di MELAKA, jumlah mangsa kekal 62 mangsa daripada 16 keluarga seperti malam kelmarin, dengan kesemua mangsa ditempatka­n di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia