Harian Metro

KES BUNUH DI UPNM DIPINDAH

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Majistret benar permohonan bicara enam pelajar ke Mahkamah Tinggi

Kes lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memutuskan demikian selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail ketika sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lima tertuduh itu adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kes membabitka­n Abdoul Hakeem Mohd Ali atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa juga dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan itu memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Keenam-enam pelajar institusi pengajian tinggi itu didakwa membunuh dan bersubahat membunuh mangsa di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi di sini antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Sementara itu, kes mereka yang turut dituduh bersama 13 lagi pelajar lain atas pertuduhan sengaja mencederak­an Zulfarhan Osman, 21, akan disebut semula pada 27 Oktober depan di Mahkamah Majistret.

Tiga belas pelajar lain adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti itu antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap pelajar itu yang semua berusia 21 tahun dikemukaka­n mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Mohd Fadhly Hashim, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, AG Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Joshua Tay, Ariff Amirul Abdul Jani dan Datuk Sri M Ramachelva­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia